Salam all..
Baru nak update cerita yang agak nak
basi..hehe... Yelah kan..cerita pergi Acheh masa bulan 8 2015, tapi tahun 2016
baru nak update..
Update sekadar sebagai ingatan pernah
pergi sana dan kenangan dalam hidup... Kami anak beranak pergi ramai-ramai..
Dengan abg ipar aku, adik ipar, mertua dan nenek suami..kira ramai la yang join rombongan ni
aritu..Perancangan haritu, En suami dengan Hannan je yang nak join ke sana
memandangkan aku tengah mengandungkan Hasif masa tu...Lepas timbang balik
terasa macam ditinggalkan pulak oleh En suami..Aku decide nak join sekali...Last minit masa tu dan semua mesti dah leh bayangkan harga tiket bila last minit booking ni kan..hehe..Tapi, masa tu aku tak ambik kisah sebab En Suami yang tolong bayarkan harga tiket..kuikui (gelak jahat)..
Masa terbang aritu, aku macam was-was sebab ikut kiraan tarikh nak pergi tu, aku genap 30 minggu..So, bermula lah sesi google menggoogle pasal kehamilan dan penerbangan ni.. Terjumpalah kt website AirAsia NI..Seorang ibu hamil boleh manaiki kapal terbang setelah mendapatkan nasihat dari doktor dan terbukti dia sihat...Masa ni AirAsia tetapkan syarat kandungan mesti tidak lebih dari 35 minggu..aku pun kira horray la sebab aku baru 30 minggu..hehe..tapi aku memang dah stand by dengan surat doktor yang mengatakan aku sihat dan boleh menaiki kapal terbang..aku ambik surat daripada doktor swasta dan doktor kerajaan..saja standby..hehe..kat airport pulak, tak perlu risau sebab kita kena kemukakan surat doktor tu je dan kena sign borang ibu hamil di kaunter AirAsia..Oh ye,ibu hamil tak leh web check in or mobile check in yek...kena check in di kaunter sebab nak sign dan serahkan surat doktor tu...(panjang pulak penerangan)
Pengalaman masa trips ke Acheh ni memang sangat-sangat menginsafkan...Kita boleh tengok tinggalan tsunami dan kebesaran Allah...Yang pasti, aku rasa damai dan tenang masa melawat ke sana..moh la layan pic..Citer lama, otak pun tak berapa nak ingat segala details masa kat sana aritu...hahaha..leh pulak gitu kan..
Mak buyung baru keluar dari perut pesawat...
Subhanallah..seberat-berat kubah masjid ni sampai tersadai kat tengah bendang...Kubah ni memang tak dialihkan sejak tersadai dan dianggarkan seberat 5tan...cuba tengok keliling dia bukit bukau..Kuasa Allah memang Maha Besar..
En suami dalam masjid Habiburrahman..Masjid ni antara masjid yang terjejas sedikit semasa tsunami dlu..oh ye...kalau tengok kat belakang tu ada ramai orang kan...masa kitorang sampai ni, ada pasangan pengantin baru yang bernikah dalam masjid ni..sempat la kitorang dengar khutbah nikah dan tengok acara akad nikah..pic pengantin tak sempat nak snap sebab pengantin dah lari ambik pin outdoor..
helikopter polis yang terjejas akibat tsunami..
Kapal nelayan yang tersangkut atas rumah orang kampung..
Kat sini kerajaan Acheh dan bina laluan khas untuk naik ke boat yang tersadai..Mak buyung tak larat nak mendaki masa ni..hehe...
Kapal jentera elektrik..Pun sama teralih dari laut lebih kurang 5km..memang tak mampu nak di bawak semula ke laut..Kalau nak tau, mengikut kata jurucakap aritu, kat bawah kapal ni, ada lebih kurang 4-5 bijik rumah...Jangan tak caya..aku panjat sampai atas kapal ni tau..tahap kepanasan masa kat atas kapal ni memang tak mampu nak diungkap..
Tut tut rasanya nama dia..hehe..xingat dah..masa ni kitorang saje buat lawatan ke rumah anak-anak yatim di Acheh..
The only mosque yang terselamat masa tsunami aritu..kalau tengok pic Acheh selepas tsunami ada sebijik masjid yang tersergam tu, ha, nilah masjid tu...luaran dia still ok..tapi kalau masuk kat dalam dia, memang ada sisa2 kesan tsunami dlu..(ni mak buyung tengah duk melayan 2 puteri yang bermacam hal)
Dalam masjid yang terjejas..
Photo family di Masjid Habiburrahman, ACheh..
3 comments:
Betapa kudroh dan irodah Allah tak siapa mampu berkata atau menyangka
Semoga semua yg terjadi itu menambahkan keimanan kita kepadaNya
Subhanallah...
Betul tu kak zakie..betapa kerdilnya kita kt sisi Allah..DIa yang Maha segalanya..Kalau dia kata JADI,maka takde kuasa kita utk halangnya..ALLAHUAKBAR..
Besar dugaan yang diterima oleh mereka di sana waktu itu kan.
Post a Comment