Friday, March 11, 2016

Semoga dapat umrah yang mabrur..

Salam alaik...

Harini 11 mac 2016.. Pukul 3.10 pagi tadi Alhamdulillah en hubby dan abah selamat sampai ke Mekah Al-Mukarramah... Pada Hannan dan Husna pun banyak kali aku duk bagitau yang abi dia gi Mekah dan buat umrah..Setakat arini, takde lagi diorang duk cari-cari atau sebut nangis nak abi, alhamdulillah.. Maybe sebab aku duk sebut banyak kali agaknya...Harap-harap diorang behave la semasa ketiadaan abi diorang ni... Kalau tak, maunya haru aku nak melayan dua puteri dan seorang putera ni,,,

Gambar sebagai bukti pada Hannan dan Husna..Kalau xde gambar ni, payah nak buktikan pada si puteri 2 orang tu..

Ready ke sekolah hari Jumaat...
\
p/s:Dah sampai sekolah arini, Hannan dan Husna taknak turun kereta..nak kuih katanya..terpaksa la pusing semula cari kedai kuih..huhu...ada-ada je anak2 ni...

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Semoga en suami dan abah diberi kesihatan terbaik utk menjalankan ibadah di tanah suci dan mendapat umrah mabrur.

Ira said...

Semoga suami & abah izzah diberi kesihatan yg baik & dipermudahkan urusan mengerjakan ibadah umrah.. semoga mendapat umrah yg mabrur.. comelnya 2 puteri tu berjubah.. :)

izzah said...

kak zakie:thanks a lot...menghitung hari en suami n abah balik msia..

ira: amin..ya Rabb..