Saturday, June 30, 2012

Jom Tambah Geng Blog

Jom pakat-pakat kita join segmen..kali ni segmen 'Jom tambah geng blog'...sajer suka-suka meramaikan kawan dan sahabat especially di alam maya ni..nak join klik banner kat bawah ni....


Nak tag:

Friday, June 29, 2012

Truly indeed

"When You Argue With An Idiot
They Drag Your Down To Their Level
And Beat you With Experience"
Kesimpulannya: diam itu lebih elok daripada berkata-kata...jika perdebatan itu terjadi, maka akhlak mestilah didahulukan...peace no war =)

Fulltime housewife

   Macam ni agaknya perasaan orang-orang yang bergelar fulltime housewife yek....

pagi-pagi dah kena masakkan untuk husband, kelam kabut dengan anak lagi, basuh baju, sidai kain, kemas rumah, masak lagi untuk tengahari, angkat pulak kain yang dah kering, lipat-lipat baju, masak lagi untuk makan malam pulak, basuh-basuh pinggan...

Alahai....banyaknya la senarai tugas seharian seorang yang bergelar FULLTIME HOUSEWIFE...nampak macam senang je...macam boleh goyang kaki jer kat rumah tapi hakikatnya banyak benda nak kena buat....memang tabik spring la pada saper2 yang berkenaan...aku duk umah jap pun dah lelah rasa....masa keje, nak sangat cuti...tapi bila dah cuti ni teringat pulak kat keje...hehe..tu la manusia....

Thursday, June 21, 2012

Rezeki

"Rezeki yang Allah bagi pada kita, bukan kepunyaan kita semuanya tetapi ada hak yang kita kena tunaikan.."

     Rezeki ada banyak bentuk...Rezeki ni bukan dalam bentuk duit je tapi antaranya ialah jodoh, pekerjaan , sambung belajar, anak dll..

Berkepuk-kepuk duit...rambang mata eden..hehe...(gambar sekadar hiasan je yek) 

    Fokus aku adalah rezeki dalam bentuk wang ringgit..kita kena sentiasa ingat yang duit yang kita dapat hasil daripada kerja yang kita buat hari-hari tu adalah bukan milik mutlak kita...ianya adalah hak Allah taala...berbeza dengan orang barat yang mana mereka percaya duit yang mereka dapat adalah hak milik mutlak mereka...

    Jadi, duit yang kita dapat hasil daripada penat lelah kita bekerja sehari-hari tu sebenarnya ada bahagiannya yang tersendiri...contohnya, untuk anak-anak kita dll...so, jangan lupa keluarkan zakat sedikit daripada pendapatan yang kita dapat...paling elok,bersedekahlah sebab duit kita takkan berkurang sebab bersedekah tapi insyaAllah Allah akan melipat gandakan rezeki kita lagi...wallahua'lam...sama-sama kita renungkan...

Dugaan Durian

Sebut je DURIAN, aku la manusia yang tak kan tolak buah ni...memang dari kecik dah jadi 'hantu durian'...hehe...kadang-kadang abis 2,3 bijik aku sorang je bedal...memang tahap melahap dah aku ni...hehe...

Alkisahnya tadi my sis telefon on da way dia balik rumah...aku ingatkan kenapa,rupanya dia nak beli durian...aku ni nak je la...hehe..dapatla 3 bijik pekena durian tadi...teringat pulak kisah masa aku mengandung...boleh katakan tiap-tiap minggu aku suruh my hubby belikan durian..my hubby pulak memang best la sebab dia tau isteri dia ni mengidam,so dia belikan je la..tapi bila dah tiap-tiap minggu asyik nak durian je,boleh ker kita kata mengidam lagi?hehe....2 minggu duk pantang kat umah my MIL pun ada la 3,4 kali aku bedal buah keramat ni...tak tau la orang pantang boleh makan ke tak buah durian ni...yang pasti aku memang PANTANG tengok durian, mesti nak...hehe....

Wednesday, June 20, 2012

Mana la nak cari kedai ni..

Kat mana la nak cari kedai yang jual nursing wear area kuantan ni yek...kedai online memang banyak but macam tak berbaloi je sebab kena caj harga pos lagi...kualiti kain pun kita tak tau lagi macam mana...really need help to find the shop...huhu...

Wordless Wednesday



Sunday, June 17, 2012

Kawen muda vs Mati muda

Ramai yang fikir dan sentiasa membincangkan pasal 'kahwin ketika muda'...tapi berapa ramai di antara kita yang fikirkan 'mati ketika muda'...

Memang aku tak nafikan,tajuk kawen lagi menarik daripada mati..bila sebut je pasal kawen,mata yang mengantuk pun akan segar...hati terus berbunga-bunga tambah-tambah bila mengenangkan kekasih hati...angan-angan terus jer terpasang...'baju apa yang bakal dipakai masa nikah nanti', 'pelamin macammana yang nak ditempah', 'tema warna apa yang nak guna' dan macam-macam lagi la..tapi bila sebut pasal mati, hati terbayang kubur, kafan, keranda dll...hati terus resah mengenangkan dosa-dosa dulu, minda terus bergerak memikirkan amalan-amalan yang dah dibuat...berapa ramai agaknya antara kita yang dah betul-betul bersedia untuk menghadapi mati...kalau sebut kawen2 ni, "dah ready ke nak kawen ni?" ramai yang akan jawab, "ye","of course", "mestilah...dah lama tunggu ni"....tapi bila sebut pasal mati??? dah ready ke kita ni??wallahuaklam...

Sejauh mana kita sebagai manusia beringat sentiasa yang mati tu akan datang bila-bila masa je samada kita bersedia ataupun tidak...Teringat sahabat yang telah kembali ke rahmatullah suatu ketika dahulu...pada ketika tu umur beliau baru memasuki 17 tahun...malah tak sempat untuk menduduki spm...tersentak hati pada waktu tu...cepatnya dia pergi... kerdilnya diri ni...

Note: Kena cepat-cepat kumpul 'pahala' supaya senang di SANA nanti..insyaAllah..pesanan untuk diri sendiri dan juga sahabat...


Nak kurus macam dulu

*jangan la sampai mcm ni...huhu*
    
     Alahai...seram + gerun = serun tengok pic kat atas ni...lepas bersalin ni aku belum cuba lagi seluar-seluar dan baju-baju aku yang ala-ala model tu semua....entah muat entah tidak agaknya...maklumla...aku kena czer masa bersalinkan anak baru-baru ni..so,aku banyak baca blog-blog dan info-info yang kata tak boleh bertungku dan berbengkung...aku pun jadi tak pakai la bila mengenangkan info-info yang aku baca tu smua...bila tak pakai tu,faham-faham sendiri la..hehe..perut jadi buncit skit even berat badan dah turun banyak...

     Macammanala nak bagi perut yang buncit ni jadi cun melecun macam dulu-dulu yek...beberapa hari ni aku cuba-cuba jugak berbengkung sebab baru dapat kesedaran nak bagi perut kempis...tambah-tambah pulak luka czer haritu dah makin sembuh dan tak de la rasa sakit macam 1st week keluar wad haritu...harap-harap misi mengempiskan perut kali ini berjaya la..hehe...risau hangat-hangat tahi ayam jer aku ni...bila bercuti lama sangat ni di tambah pulak mak yang selalu masak sedap-sedap,maka hajat and misi tu kadang-kadang tergendala jugak kejap...

     Bulan 7 ni, adik aku yang sorang tu nak balik msia...lagi la aku kena berjaga-jaga..hehe...maklumla,rakan 'makan' ku dah balik...memang alamatnya tengah-tengah malam adik yang sorang ni akan ajak aku makan dan menghabiskan apa-apa saja makanan atas meja makan...huhu....abis la aku...kena persiapkan diri sebelum 'budak' tu balik la nampak gayanya ni....chayyok....


Friday, June 15, 2012

Jom TURN ON mood melancong

          Lamanya lah rasa tak memanjakan diri dengan cuti-cuti sambil melancong ni..daripada mengandung sampai melahirkan,belum ada rezki lagi nak pegi melancong sambil berjimba-jimba dengan en.hubby...masa memboyot haritu ada juga terasa-rasa nak naik kapal terbang..tapi memandangkan perut yang makin membesar,dah confirm-confirm akan di'reject' oleh mana-mana airlines...hehe...so,terpaksalah melupakan hasrat nan satu itu...

          Kali ini mood tu kena turn on smula memandangkan perut dah slim setelah baby keluar..hehe...cuti pun banyak lagi tahun ni...memang kena pergi jalan-jalan jugak...almaklumla,bulan lepas telah disyaki menghidap 'hypertension' tapi alhamdulillah sekejap je dan dah bebas daripada penyakit tu dan yang paling penting xperlu makan ubat lagi dah...syukur...

          So, nak cari tempat-tempat yang tenang dan damai je ni untuk berjimba-jimba dengan en.hubby dan sorang budak kecik ni...hehehe....

SUBHANALLAH...kat Victoria....bestnya kalau dapat pegi sini..(sumber Google)


Damainya...best jugak kalau dapat tenangkan diri kat sini...sawah padi,gunung ganang,pemandangan kampung....ooohh...damainya..


Pantai pun best jugak kan....angin sepoi-sepoi bahasa menggamit jiwa....=)
(tq en google)


Ohh...ni lagi best..tapi untuk waktu terdekat ni macam tak cukup ongkosnya nak gi sini...
(Korea: ambil daripada en google)


Nota Kaki: Last-last bercuti dan melancong di luar rumah ajelah...hehe...angin sepoi-sepoi bahasa jugak...cuma tak de salji la...=P

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Sekejap jer masa berlalu dan sedar tak sedar kita dah pun bertemu semula dengan Jumaat...bagi kaum adam Jumaat ini dapatlah mereka sama-sama berkumpul untuk mendengar khutbah dan solat jumaat berjemaah...sekurang-kurangnya ada juga pengisian ilmu dan tazkirah buat diri bila mendengar khutbah yang dibaca oleh khatib..tapi bagi kaum hawa,memang nak tak nak terpaksa mencari sendiri pengisian rohani buat diri supaya tak tergelincir serta sentiasa mengingati Allah...

Alhamdulillah sekarang ni bermacam-macam ilmu yang boleh kita cari terutamanya melalui access internet..taip jer tazkirah atau ceramah,memang akan keluar berbagai-bagai...jadi,untuk kaum hawa,jom pakat-pakat kita isi rohani kita supaya hidup kita sihat dan seimbang...

Nota: fizikal diisi dengan makanan dan rohani juga perlukan makanan supaya hidup kita seimbang...wallahua'lam.... (peringatan buat diri sendiri juga)