Friday, May 3, 2013

Panggilan...

Sengaja memilih tajuk yang jauh dari tajuk semasa...'Panas' sekarang dengan pelbagai topik yang berkaitan pilihanraya...sengaja ku pilih tajuk yang jauh menyimpang...

Kita terus pada tajuk....

'mak', 'mama', 'ma', 'ummi', 'ibu' semuanya membawa maksud yang sama,panggilan untuk yang melahirkan..lagi dramatik panggilan 'bonda'...sekarang ramai yang lagi senang dengan panggilan 'mama' or 'ibu' or 'ummi'...terus terang daku katakan, dulu2 ku memang teruja dengan panggilan 'mama' ni...lembut bila ada kawan2 yang panggil maknya dengan panggilan ni...

Tapi bila usia dh menginjak..pandangan dan pendapat aku makin berubah...masih ku ingat seawal beberapa bulan kandungan pertama aku dulu, nasihat lembut singgah di telinga...'takyah ber'mama' 'papa' la yek nanti'...senyuman kuukir sebab memang ku tekad panggilan untukku nanti adalah 'ummi'...lagi lembut dan yang paling ku suka kerana 'ummi' daripada bahasa yang indah iaitu bahasa arab,bahasa al-quran...

Suatu ketika semasa di tempat kerja,seorang teman menegur...'anak panggil izzah ape?'mama' yek'...daku menjawab smbil berseloroh, 'panggil 'ummi'...xnak la london sangat'...tersenyum je si kakak tadi...

Pada aku tak salah panggilan apa yang disebut, janji si anak hormat pada mak n ayah dia...fokus kita sekarang nak didik anak2 kita ke arah islam...insyaAllah,moga Allah perkenankan hajat kita ni...moga anak2 kita tak terjebak dengan segala perkara negatif dan melalaikan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 comments:

Unknown said...

Insya Allah.. bukan senang nak membesarkan anak zaman sekarang ni.

Kalau orang tanya mamavogue jwb 'bonda' hahaha..

wantie said...

hmm.. tapi kan, kalau org bertanya mesti tanya" Panggil apa kat Mak?"

anak jawab
panggil Mak, ibu,
Panggil Mak , mama
Panggil Mak, ummi
Panggil Mak, Maklah..

Saya pilih Mak, walaupun anak saya panggil saya ibu. ngeee

Anonymous said...

ikut suka msg2 lah !

Ira said...

rasanya terpulang pada individu..
memula ira pn suh anak pggl ummi, tp x lekat..
lps tu husband plak prefer anak panggil ibu, tu yg terus tukar pggl ibu.

Fiza Rahman said...

Anak2 panggil saya 'ibu'.

izzah said...

Mv:betul kan...nape xtrfikir nk jawab gitu aritu yek...hehe...

Wantie:panggilan 'mak' sebenarnya yg bawak maksud mendalam kan...senang nk disebut lgpn...

KA:true indeed...

izzah said...

Ira: kalau dlm phonetics.panggilan umi tu mmg baby paling ssh nk sebut...sy kna tggu hannan besar la br leh dgr dia panggil ummi...

Fiza:panggilan ibu tu pn lembut jgk kann...sedap je dengar...papepn,masing2 punya citarasa sendiri...

Kakzakie Purvit said...

Walau apa pun panggilan dialah yg bertanggungjawab menjaga anak-anak..

Selamat mengundi jgn lupa:)

izzah said...

K zakie: dh ada kt kg nk tunaikn tggungjawab ni...xsabo nk buang undi esk...slamat mengundi jgk:-)

ayut said...

hihihi..tak kisahla panggil apa kan...tp mgkn panggilan tu pendekatan psikologi kot...mesra dgn krg mesra..hihihi ^^

izzah said...

Ayut: yg pnting baby tu kenal mak dia sndiri...hehe...xgitu...;-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

pgl mak yui mak.. =)

Unknown said...

x kisah pangillan ape pon kan..janji tetap hormat org yg melahirkannya

Mimie said...

anak anak pggil sy ummi,suai lak diorg pggil abi

Fifi Nadhrah said...

dulu fifi pom berangan nak anak2 panggil mama sebab fifi panggil arwah mak fifi mama.. tapi da makin besar rase lembut pulak bile panggil ibu.. :)

Cho Zila said...

apapun panggilannyer anak2 kena hormat insan yang melahirkan...

nadia farahida said...

biasa orang cakap panggil ibu bunyi lembut kann. tapi nadia pilih mummy kott. :p

izzah said...

paling penting anak hormat pada yang lahirkan dia....

nadia: sweet plk dengar 'mummy' tu..moga rezki nadia hadir xlama lagi yek...=)