Wednesday, March 6, 2013

Hari yang meruntun kalbu…


Harini aku dipertemukan dengan seorang budak yang tak segan silu menyatakan masalah dia..aku bukan kaunselor, jauh sekali penasihat…tapi entah celah mana si budak ni tengok sampai boleh meluahkan pada aku…

Bukan nak menceritakan secara details masalah budak ni..yelah kan..ni dah dikira sebagai amanah..Cuma lepas abis dia bercerita, hati aku terdetik, budak sekarang ni memang banyak memikirkan masalah berbanding aku dulu masa seusia dengan diorang…Budak zaman sekarang ni terpaksa memikirkan masalah pelajaran lagi, masalah kawan lagi..ye, itu masalah normal dan semua akan hadapi tapi bila sampai kena pikir masalah keluarga, bagi aku dah terlebih dari usia sebenar diorang..

Rumusan yang aku boleh simpulkan dari permasalahan budak ni:

1. Dari sikap budak ni sendiri – nakkan perhatian dari mak dia (ayah dah meninggal), terasa diri tak dihargai, sedikit memberontak sebab terasa diri diabaikan..

2. Dari belah si ibu – tak tahu nak tunjukkan kasih sayang pada si anak..stress dengan keadaan hidup dan dilepaskan pada anak…

3. Pegangan agama – bila agama tak dititik beratkan dalam keluarga, hidup memang tak aman…susah hati, anak tak dengar kata dan dengan kata lain, sakinah dan mawaddah takde dalam rumah dan sesebuah keluarga itu…

Aku cuba yang terbaik untuk bagi pendapat aku pada si anak ni tadi…yang paling aku tekankan, seburuk mana pun mak kita tetap kena hormat dia, sayang dia, patuh kata dia dan yang paling penting cuba jadi yang terbaik untuk mak kita…Harap-harap budak ni tadi boleh dengar apa yang aku cuba sampaikan..yelah kan..si ibu ni tadi dah kehilangan suami, mesti berusaha keras nak besarkan anak-anak dan tekanan sekeliling lagi..bila anak tak memahami, salah faham memang akan senang berlaku dan seterusnya jadi perpecahan dalam keluarga..nauzubillah…

p/s: jom jadi yang terbaik untuk setiap position hidup kita ni…jadi muslimah yang terbaik, anak yang terbaik, isteri terbaik, ibu yang terbaik dan semua la,insyaAllah…=)

3 comments:

Ira said...

insyaAllah.. semoga kita jd yg terbaik dikalangan yg terbaik :)
smga masalah bdk tersebut selesai & dia tak ambil tindakan diluar kawalan.

izzah said...

Ira:harapnya mcm tu jgk la...nk bagi pndapat byk sgt pn risau bdk tu tension...yg pasti masing2 salah n kna perbetulkn kesalahan masing2...

Fifi Nadhrah said...

sedihny ekalau jadi budak tu.. moge budak tu tabah dan bertambah keimanan di dalam hatinya.