Harini aku dipertemukan dengan seorang budak yang tak segan
silu menyatakan masalah dia..aku bukan kaunselor, jauh sekali penasihat…tapi
entah celah mana si budak ni tengok sampai boleh meluahkan pada aku…
Bukan nak menceritakan secara details masalah budak
ni..yelah kan..ni dah dikira sebagai amanah..Cuma lepas abis dia bercerita,
hati aku terdetik, budak sekarang ni memang banyak memikirkan masalah
berbanding aku dulu masa seusia dengan diorang…Budak zaman sekarang ni terpaksa
memikirkan masalah pelajaran lagi, masalah kawan lagi..ye, itu masalah normal
dan semua akan hadapi tapi bila sampai kena pikir masalah keluarga, bagi aku
dah terlebih dari usia sebenar diorang..
Rumusan yang aku boleh simpulkan dari permasalahan budak ni:
1. Dari sikap budak ni sendiri –
nakkan perhatian dari mak dia (ayah dah meninggal), terasa diri tak dihargai,
sedikit memberontak sebab terasa diri diabaikan..
2. Dari belah si ibu – tak tahu nak
tunjukkan kasih sayang pada si anak..stress dengan keadaan hidup dan dilepaskan
pada anak…
3. Pegangan agama – bila agama tak
dititik beratkan dalam keluarga, hidup memang tak aman…susah hati, anak tak
dengar kata dan dengan kata lain, sakinah dan mawaddah takde dalam rumah dan
sesebuah keluarga itu…
Aku cuba yang terbaik untuk bagi pendapat aku pada si anak
ni tadi…yang paling aku tekankan, seburuk mana pun mak kita tetap kena hormat
dia, sayang dia, patuh kata dia dan yang paling penting cuba jadi yang terbaik
untuk mak kita…Harap-harap budak ni tadi boleh dengar apa yang aku cuba
sampaikan..yelah kan..si ibu ni tadi dah kehilangan suami, mesti berusaha keras
nak besarkan anak-anak dan tekanan sekeliling lagi..bila anak tak memahami,
salah faham memang akan senang berlaku dan seterusnya jadi perpecahan dalam
keluarga..nauzubillah…
p/s: jom jadi yang terbaik untuk setiap position hidup kita
ni…jadi muslimah yang terbaik, anak yang terbaik, isteri terbaik, ibu yang
terbaik dan semua la,insyaAllah…=)
3 comments:
insyaAllah.. semoga kita jd yg terbaik dikalangan yg terbaik :)
smga masalah bdk tersebut selesai & dia tak ambil tindakan diluar kawalan.
Ira:harapnya mcm tu jgk la...nk bagi pndapat byk sgt pn risau bdk tu tension...yg pasti masing2 salah n kna perbetulkn kesalahan masing2...
sedihny ekalau jadi budak tu.. moge budak tu tabah dan bertambah keimanan di dalam hatinya.
Post a Comment