Monday, November 14, 2016

Every cloud has a silver line

Every Cloud Has a Silver Line..Tajuk macam gempak kan...Rasanya ramai yang tahu maksud dia kan...Moh aku terangkan sedikit yek..Ni adalah English Proverb yang diguna pakai untuk situasi di mana kesusahan yang kita dah hadapi dahulu akan diberikan ganjaran atau kesenangan di penghujungnya. Bak kata orang sekarang, selepas hujan akan muncul la pelangi. So, semasa kita tengah hadapi sesuatu perkara yang sukar or getir tu, jangan putus asa or putus harap sebab ujian yang Allah bagi pada seseorang tu akan datang nikmatnya di kemudian hari..chewah...


Setiap manusia memang akan lalui perkara yang sama. Sama kat sini maknanya, akan datang susah tu dahulu kemudian baru datangnya yang senang.. Takde orang yang terus-terus senang. Kalau kita tengok orang tu senang, kaji dan tanya perkara yang dia dah hadapi dahulu.. Ni tidak, duk tengok orang senang skit je mulalah duk berdengki, mulalah duk kata, 'ko takpe,tak susah macam aku', tak pun kata, 'Ko tak rasa apa yang aku rasa' dan pelbagai lagi ayat yang seolah-olah dia seorang aje lah yang menghadapi masalah tu, dia seorang je la yang duk susah, dia seorang je la yang segala-galanya sedangkan orang lain semua dh sedia kala senang...Haa.. tula manusia sekarang. Tengok dari satu sudut jer.. Masa ko senang, takde pulak ko nak buat ayat..Tapi masa ko susah dan di ambang masalah, mulalah ko keluarkan segala-gala ayat yang tak berhemah tu...panjang pulak duk bebel..hehe...


Rasulullah sendiri menghadapi masalah semasa berdakwah.. Tu kekasih Allah tu..kita ni hamba Allah yang ada turun naik imannya, memang lagi tak mustahil la kalau tak menghadapi ujian n dugaan dari Allah...Cuma diri kita sendiri je yang nak sabar atau tak..(peringatan untuk diri aku sendiri jugak ni)...Aku pun kadang-kadang tak sabar jugak bila melayan kerenah anak-anak..Kadang-kadang rasa down bila anak-anak mula tantrum dan buat hal..Si kecik Hasif pun dah makin menuntut perhatian.. Ditambah lagi dengan dua orang kakak dia..Mujur dan mujur nya ada suami yang membantu..Ringan kerja di dapur dan ringan urusan dunia, Alhamdulillah...Takpelah anak-anak yang bijak memang akalnya panjang..in sha Allah bila masing-masing dah menginjak usia nanti makin mudah urusan ummi dan abi nanti dan bekalan untuk ummi dan abi di alam sana nanti..


Kesimpulannya, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian..Tiap apa yang diuji, akan ada manis di akhirnya..Cuma nak sampai kepada kemanisan tu yang kena banyakkan dan tingkatkan kesabaran..

Friday, November 11, 2016

Family Day di Port Dickson

Upload pic masa Family Day belah suami...Kenangan tu yang penting...Family ni kitorang buat kat Port Dickson sebelum kitorang fly ke Melbourne...Tarikh dah lupa..nama apartment Ancasa Resort kalau tak silap..hehehe...nampak sangat banyak urat dah putus ni..abis segala benda dah lupa....

Tak pe la, yang penting kenangan dan gambar kenangan sepanjanng program kat sana...Kitorang siap tempah t shirt lagi tau..hehehe...



Kanak-kanak dah ready nak bersukan ni..

My FIL dan MIL yang sweet muit bertukar hadiah...


Tudung purple tu nenek my hubby..


Aktiviti sukaneka nak bermula..

Berkelah di pantai yang indah...chewwahhh..


Tengah 'boloq' lagi nak mulakan sukaneka ni..



Sukaneka bermula...


Minah kecoh yang tengah dukung anak tu..hikhik...


Sukaneka kanak-kanak..

nampak tak cik kepoh tengah dukung anak yang hujung tu..hahaha..tu aku la...


Ni sesi tasmi' cucu-cucu...


my hubby yang macho tu tengah settingkn budak2...

hahaha...en hubby yang paling semangat sekali..

serius muka ni..


ni aktiviti untuk laki bini...


Aktiviti kaum bapak... 


Sukaneka untuk bapak-bapak..

So, kesimpulannya Family Day kali ini adalah yang paling best sebab ada aktiviti sukaneka untuk tiap peringkat umur..bukan takat boleh pergi jalan-jalan makan angin dan menenangkan fikiran je, tapi dapat eratkan hubungan kekeluargaan sekali..Akan datang, panjang umur in sha Allah leh meneruskan lagi aktiviti yang superb macam ni...





Wednesday, November 9, 2016

Melbourne Australia

Salam blog and para blogger..

Kisah lama dan perlu refresh smula..Maklumla,sekarang dah boleh diiktiraf sebagai 'remaja purba'...hahaha...Banyak benda yang kadang-kadang terlupa..nak ingat semula tu, memang ambil masa lama la...

Berbalik pada tajuk tadi, ni boleh dikatakan sebagai 'Family Trip' kitorang sebab tujuan asalnya nak melawat adik yang sambung belajar kat sana... Sambil menyelam minum air la jugak ni sebab kitorang jalan-jalan ke negara orang dan sempat shopping jugak la..walaupun tukaran duit tu,mak oiiii senak perut jugak la..hehe...

Tiket
Kitorang booking awal tiket flight ni...sempat jugak la gaduh-gaduh manja adik beradik sebab tarikh nak pergi ni...Hampir 7bulan jugak la jarak tempoh menempah tiket dengan tarikh perjalanan sebenar tu...Lastly kitorang sebulat suara tempah tiket pada 31 Ogos balik semula 4 September 2016...Kena kira jugak jam perjalanan ni sebab dari Kuala Lumpur ke Melbourne ambil masa 7 ke 8 jam jugak perjalanan..(Jangan lupa tempah makanan siap-siap dalam flight sebab lapar sementara nak sampai tu)..Kematu jugak la duk atas kapal terbang tu...Kitorang naik air asia dan masa tu ada promosi, return dalam 300++ je..so, aku yang 5 beranak ni kena dalam 3k++ je...memang berbaloi la...

Hotel/Apartment/Homestay
Tiket dah book, so perkara kedua yang kitorang ambik kira ialah tempat penginapan...Jangan tak tau, hotel sekitar bandar Melbourne banyak dan best-best..Tapi disebabkan kitorang pergi dalam jumlah yang besar, hotel tak membantu..so, kitorang 'decide' tempah homestay je...Homestay yang kitorang duduk tu nama dia Teratak Tanamekar yang terletak di Coburg, Victoria..agak jauh skit dari bandar, tapi aku suka sebab kawasan dia tenang je + kawasan 'countryside' skit...pengangkutan pun xyah risau sebab tram dekat je dengan homestay ni...Dia charge AUD65 je untuk satu malam..homestay tu ada 4 bilik dan sangat best..hehe...Kitorang tempah untuk 4 malam bersamaan dengan AUD 1065..murah la kalau tengok harga tapi bila convert ke RM, memang telan liur je la..hahaha...Homestay ni kepunyaan orang melayu..Siap boleh tempah makanan lagi dengan diorg..kitorang masa hari kedua tu,konon-konon rindu masakan malaysia, duk tempah nasi ayam dengan owner homestay ni...kot ada yang nak tempah homestay ni, silala email ke owner dia yek di tanamekartravel@gmail.com.. Leh direct tanya sana sebab aritu bab penginapan adik aku tolong settlekan..

Visa
Kitorang ramai-ramai buat dengan kawan aku je...biasanya agent akan ambik dalam RM30 je..kalau lagi untung ada kawan yang jadi agent, leh dapat dalam RM20 je...tu semua bergantung pada agent la..Sebelum ni, masa mak ayah aku pergi dulu adik aku tolong buat online kena dalam AUD20 (xRM3.05) bersamaan dengan RM60 jugak la lebih kurang..Kalau darab lagi dengan kitorang yang ramai2 ni banyak kena la..huhu..tergerak hati aku nak tanya kawan aku yang keje travel ni, mujur dapat lagi murah..hahaha..so, jimat banyak dah kat situ...

Pengangkutan
Dari airport ke homestay, kitorang ambik teksi panjang tu yang muat ramai..2bijik kitorang sewa untuk 13 pax beserta barang2 yang banyak...Jarak dari airport ke homestay tu kitorang kena dalam AUD50++ jugak la..xingat exact number (hahaha..kan dah bagitau ada benda yang lupa jugak ni)....Pengangkutan pergi ronda2 kitorang just naik tram dan berjalan kaki je..Jimat dan mudah...Lagipun aku suka suasana bandar Melbourne ni, sebab tram dalam kawasan bandar adalah 'free of charge'...serius weh,xyah bayar pape kecuali kalau korang nak travel keluar dari bandar, kena la touch myki korang....satu lagi lupa nak bagitau, kena beli myki yek untuk naik tram kat sana..beli mana jangan tanya banyak kat aku sebab aku pun adik aku tolong belikan semua..huahuahua...Tapi kalau tak silap aku, kat kedai2 runcit ada je jual myki ni..kitorang haritu berjalan ke kedai yang ada jual myki ni..sistem dia macam touch n go la,kena top up bagai...bab top up tak yah risau sebab kat hentian tram tu banyak je mesin-mesin untuk top up tu...

Shopping
Part ni paling best...aku banyak shopping minyak wangi lelaki sbb masa tu ada promotion sempena 'Father's Day'...minyak wangi lelaki memang banyak less..apa lagi, memang memborong sakan la kitorg ni...Duit untuk shopping ni depend pada individu, kalau nak shopping banyak silalah bertabah untuk tukar duit banyak yek...masa aku tukar dulu, Aud 1 bersamaan dengan RM3.05...Masa kat Melbourne lagi bertabah nak tukar sebab AUD1 = RM3.15...hahaha..bertabah kan...Kalau you all ada perancangan nak ke sana, i oll nak cadangkan sebelum ke sana, try ushar 3 website minyak wangi yang best ni, 1) priceline.com.au 2)mychemist.com.au 3) chemistwarehouse.com.au...leh tengok harga dulu, pastu nanti terus ke kedai dia untuk beli perfume yang kita suka tu...
Kalau untuk sourvenir plak macam key chain,pen, fredge magnet,pencil case, tshirt murah, beg, bear, koala or kangaroo, tempat yang terbaik adalah di Victoria Market..Dalam tu ada banyak gerai, dan harga pun ada jugak yang mahal..kena pandai cari dan tawar la...Macam aku haritu Hannan dengan Husna mintak koala sorang sekor, harga koala tu AUD15 tiap ekor..2 ekor jadi AUD30 darab dengan RM3.05 bersamaan dengan RM90++...lepas tu kitorang jalan lagi dan terjumpalah gerai orang Indonesia..koala yang sama saiz dia boleh jual AUD10 untuk 2 ekor...huhuhu..nak nangis rasa bila jumpa harga lagi murah...terus aku sambar 2 ekor lagi kangaroo plak untuk menenangkan hati yang rawan ni..chewahhh...

Panjang dah duk bebel ni..kot ada sapa2 yang plan nak ke sana, boleh la rujuk info yang aku dah bagi tu yek..nak ke Universiti sekitar bandar Melbourne pun ok jugak..ada banyak sampai aku pun tak teringat nama tiap U tu..tapi yang paling ingat, University of Melbourne tempat adik aku belajar sebab kitorang jalan lama sekitar U tu...hehe..

Dah la..moh layan pic pulak...

Husna dengan koala kesayangan nya..


Hannan menangis sebab merajuk tak dapat pegang DSLR ciksu dia...kecik2 dah pandai nak snap pic guna kamera mehei tu...kalau jatuh ke, tak ke haru ummi dia nak mengganti pulak..


Nampak tak beg2 yang tergantung tu...best kan...Aku pun tak perasan adik aku snap pic ni sebab tengah kusyuk shopping untuk souvenir ke kluarga mertua dengan kawan-kawan...


Merpati jinak...Aktiviti sampingan supaya budak-budak ni tak penat berjalan..ni kita pit stop kitorang sebelum pergi jalan-jalan tempat lain...


Dalam tram...Ciksu yang terpaksa jaga kanak-kanak riang ni..hehe


Hahaha...pit stop hari kedua...Selamber je kitorang bersantai dekat rumput tu kan padahal masa tu weather around 7-9 darjah celcius...sejuk kot...tapi sebab syok,xrasa dah sejuk sangat...

Aktiviti wajib ni..bagi merpati makan...


Jalan-jalan..tengok nenek aku yang gagah jalan tu...


Husna beraksi ala-ala titanic...


Choc milk yang memang sedap dan asyik termimpi2 je kesedapannya tu..


Melayan budak yang, "Husna penat..tak larat nak jalan"...hahaha..so, abi jadi mangsa...

Tempat royal menda ntah..tak ingat nama..yang pasti,kat sini tak beli apa-apa pun sebab mahal...

Adios.....

Monday, November 7, 2016

Throwback (Melbourne,Australia)


Throwback dulu...cerita 'coming soon'...

Wednesday, July 27, 2016

Bulan Julai.. Birthday Hubby

Salam alaik...

Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You My Hubby..
Happy Birthday to You..

Birthday orang lain, tapi orang lain yang terlebig 'excited'...hehe..Tahun ni tahun yang ke 31 dah birthday suami aku.Tik Tok Tik Tok masa berjalan, we are counting the time and sedar2 nanti kita dah berumur, ada cucu cicit pulak agaknya...

Ok lah..sambung lain kali pulak..adios...


Thursday, June 30, 2016

360% Bertukar

Salam alaik..

Rindu pada blog, rindu untuk menulis...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Kalau tengok pada orang lain, seribu rahmat patut bersyukur pada kehidupan yang sekarang..Cumanya agak terkejar-kejar sekarang ni..hehe..Maklumla, dah jadi ibu beranak tiga ni rasa makin busy hidup ni...Lagi terkejar-kejar di awal pagi..Nak-nak masa bulan Ramadhan ni...Walau seawal mana pn bangun, mesti rasa tak sempat..hahaha..leh pulak jadi gitu kan...Mana tak nya, bangun-bangun terus masak sahur, lepas sahur tu kemas-kemas pinggan mangkuk sambil-sambil masak bubur untuk si kecik..Lepas tu solat subuh, siap-siap nak pergi keje...Mandikan si puteri berdua tu dan siapkan diorang sebelum hantar semua ke taska...Lelah rasa kadang-kadang..Mujur ada en.hubby yang rajin dan baik hati tolong siapkan si kecik hasif, angkatkan beg budak-budak ni, angkut semua masuk kereta, panaskan enjin kereta..So, si bini ni leh la terus pecut hantar anak dan terus ke tempat kerja..hehe...

Seriously, bila dah beranak tiga ni hidup sendiri kadang-kadang sedikit terabai...Kena pandai cari masa untuk diri sendiri dan pengurusan masa kena tip top..Aku kadang-kadang curi masa anak tengah syok main sorang-sorang tu, aku pergi lipat kain ke, basuh baju ker, basuh pinggan ke...Setakat ni ada jugak la kadang-kadang rasa stress tapi bila duk pandang anak-anak terus rasa terhibur..Tips nya mudah, jangan pikirkan sangat pasal kerja rumah (walaupun kerja tu banyak yang lum settle..)...hehehe...

Akhirun kalam, hidup 360 darjah bertukar lepas beranak pinak ni...Kita je kena pandai menyesuaikan diri sebab kalau tak, kita jugak yang akan tertekan...

Tiga budak debob..hehehe..Riang ria je kan...

Thursday, May 5, 2016

Al-Fatihah buat anak murid ku

Salam alaik..

Baru diberi kesempatan n ruang masa untuk menulis..

Harini adalah hari ke 7 arwah anak muridku pergi meninggalkan kawan-kawan, keluarga dan seisi dunia..Semalam (Rabu) sepatutnya kelas arwah dan kawan-kawan bersama dengan aku...Masuk kelas memang aku still teringatkn arwah sehinggakan bila ada pelajar yang bertanyakan tentang 'public speaking', terus aku kata takde untuk hari semalam..Jiwa aku, perasaan aku still lagi belum recover sepenuhnya sebab bila ada sesi 'public speaking', arwah yang akan aktif bertanyakan soalan..Tapi semalam memang kelas tersangat hambar dan sunyi...

Oh ya..lupa untuk bercerita tentang siapa arwah.. Anak murid ku ni nama dia Khairul Ridzuan..umurnya 19 tahun pada tahun ni..masih muda dah dipanggil emnghadap ilahi...Nak dijadikan cerita, Rabu sebelumnya aku ada klas bersama dengan arwah..selepas abis kelas, arwah berjumpa aku secara personal..Kesnya, arwah nak bagi kata-kata semangat pada aku sebab Isnin sebelumnya aku kehilangan purse dan sejumlah wang tunai..Memang terngiang-ngiang lagi kata-kata arwah supaya memaafkan orang yang mencuri tu dan menghalalkan semua duit yang telah diambil..Masa tu aku rasa macam pelik jugak sebab macam-macam nasihat yang arwah duk kata pada aku..Aku memang mengiyakan je sebab masa tu aku kejar masa..Hampir sejam arwah dengan kawan-kawan dia duk dengan aku masa tu..kawan-kawan dia pun just mendengar n arwah yang banyak bercakap...Aku balik ke office lepas tu selepas sejam.. Dan pada hari Jumaat tu, maghrib masa tu kejadian kemalangan jalan raya yang meragut nyawa arwah...Arwah menunggang motosikal untuk pulang ke kampungnya untuk bercuti selama 3hari...Malam tu,kawan arwah wasap aku bagitau dan nak dijadikan cerita aku memang tak tengok handset malam tu..Esok paginya (sabtu) baru aku bukak dan terbaca wasap tu..Rasa 'denial' dan tak percaya mula-mula..Bagi aku takkanlah bab kematian nak dijadikan bahan gurauan memandangkan arwah memang kuat bergurau..tak puas hati, aku terus menelefon kawannya untuk pengesahan...Terbukti memang arwah dan semua kawan-kawan dia dah berada di tanah perkuburan ketika tu..Ya Allah..memang aku terpempan rasa sebab aku baru bersemuka dengan arwah dan aku memang tak perasan rupanya tu petanda yang arwah nak pergi dulu..

Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa..Arwahpun memang anak murid yang baik dan aku takkan pernah lupakan beliau..Perginya beliau dahulu menghadap Ilahi dan moga beliau tenang di sana..Al-Fatihah untuk arwah Khairul Ridzuan...

Tuesday, April 26, 2016

Anak anakku..Hannan dan Husna

Perempuan selalu lupa  ..
  Perempuan  lupa bila mana dia buat dosa, ayah dia yang tanggung dosa dia.
  Perempuan lupa bila dia keluar rumah, aurat yang terdedah tu dosanya ayah dia yang tanggung.
  Perempuan lupa bila dia dating dengan pakwe dia, pegang itu ini ayah dia yang tanggung dosa dia.
  Perempuan lupa bila dia tak solat, ayah dia tanggung dosa dia.
  Perempuan lupa ayah dia kat dunia ni lepastu dekat akhirat dia tak tahu bahawa dia lah penyebab ayah dia dilarang masuk syurga tapi ke neraka!!!
  Duhai anak solehah, tak sedih ke bila kamu menjadi penyebab ayah mu menanggung sakit di akhirat nanti?
  Tak sedih ke bila kamu menjadi penghalang ayah mu ke syurga nanti di akhirat sana?
  Sampai hati ke nanti kita seret ayah kita pergi menghadap Allah, tuntut segalanya?
  Ayah mu hampir melangkah kaki ke syurga tapi kamu pula menjadi penghalang dia masuk syurga lalu kamu campak ayah mu itu ke neraka!
  Tak sedih ke wahai anak solehah???
 .. Ayah... terkadang dia tak tegur kita bila kita tak tutup aurat bukan sebab dia lupa dengan tanggungjawabnya tapi dia takut kita marah pada dia.
 .. Ayah... terkadang dia tak tegur kita bila tak solat bukan sebab dia tidak tahu sikap kita yang memang malas nak solat ni tapi dia takut kita rimas dengan dia.
 .. Ayah... terkadang dia tak tegur kita bila asyik keluar dengan boyfriend kita sampai pagi baru balik bukan sebab dia suka kita buat maksiat tu tapi dia takut kita rasa dikongkong oleh dia.
 .. Ayah... walaupun dia tak banyak menangis di hadapan kita seperti ibu namun dialah yang sentiasa tidak lena tidurnya dan tidak tenang fikiran dia memkirkan kebahagiaan kita.
  Ingatlah... kalau pun ayah kita tak tegur kita bila kita tak solat, tak tutup aurat, buat maksiat sebagainya, kita janganlah menambahkan dosa dia.
  Tugas kita sebagai anak adalah menyenangkan hati ayah kita bukan menyusahkan dia!
  Ayah tak tegur pun, tutup jelah aurat tu!
  Ayah tak bising pun, solat jelah! Bukan ke itu tanggungjawab kita sebagai umat Islam? Kalau kita tak solat, apa bezanya kita dengan orang kafir???!
  Ayah buat tak tahu, jagalah ikhtilat awak tu sayang oiii... Awak kasik jantan bukan mahram tu pegang-pegang menandakan awak tak reti jaga maruah awak tahu tak? Tak malu ke????
  Kebanyakkan perempuan mula nak berhijab semata-mata lepas kahwin sebab sayangkan suami. Habistu ayah kau kau tak kesian ke? Anak apa kau ni? Derhaka sungguh kau ni.
 Kalau kau sayangkan ayah kau, kau tutup aurat.
 Kalau kau sayangkan ayah kau, solat la walaupun ayah kau tak suruh tapi niatkan kerana Allah dan nak tolong ayah kau kat akhirat nanti.
 Kalau kau sayangkan ayah kau lebih dari kau sayangkan boyfriend haram kau tu then jaga ikhtilat kau. Tak payah nak jadi murah sangat bagi jantan tu pegang kau. Ingat nabi pesan, "Jika engkau tidak malu maka buatlah apa sahaja." Sentap tak?
  Last, jadilah anak solehah sebagai tanda kita membalas jasa ibu dan ayah kita. Bukan jadi anak yang menjadi penyebab dan penghalang ayah dan ibu tak dapat masuk syurga Allah malah ke neraka pula. Allahu... tak kesian ke kat ibu ayah?
#renung #renung #kan #sayang umi #sayang abahh..

Friday, April 8, 2016

MENARA U2 (FOR RENTAL)

Salam alaik..

Nak promote sikit..ada sape2 yang berminat nak sewa rumah/bilik di Menara U2 Shah Alam tak?kalau tak tahu kat mana lokasi Menara U2 ni, meh nak story mory skit..Menara U2 ni duk sebelah Menara U...dekat je dengan MSU punya campus..skali dengan Jusco yang baru siap tu..kalau dari Menara U2 ni boleh nampak Tesco dengan Jusco yang baru bukak..Dia di Jalan Boling...Ala..yang ada kedai Upin Ipin tu...haa,..yang tu la..

Panjang pulak explanation...Gini, ada sebuah rumah di Menara U2 untuk disewakan untuk kemasukan bulan 6 2016...Harga sewa seunit tu RM1,500..Rumah ni untuk student..Lengkap dengan katil, almari, mesin basuh, peti ais, water heater dan air cond di setiap bilik...Rumah ni ada 2 bilik tidur n 1 bilik air..Unit ni ada double decker, so boleh sewa untuk 6 orang..kalau kira per kepala, sorang kena bayar dalam RM250..Deposit 2+1+utility dan agreement..Owner adalah orang Melayu dan Islam..

Kat sini ada pictures dalam rumah tu dan nombor untuk dihubungi..


Bilik 1

Shower room skali dalam toilet

Toilet duduk dengan sinki

Peti ais satu pintu

Meja Study

Almari dalam bilik

Bilik 2

Mesin Basuh sebelah sinki

 Lokasi dia dan facilities yang ada dalam Menara U2 ni macam-macam..ada squash court, kolam renang, gym dll lagi la...

Tesco depan Menara U2 (sumber Mudah.my)

Tu dia Jusco besar yang baru je bukak baru2 ni..(sumber Mudah.my)

leh main squash hari2..(sumber Mudah.my)

Untuk fitness pun ada ni...untuk menaikkan otot..(sumber Mudah.my)

leh buat aktiviti lain...(sumber Mudah.my)

Keutamaan pada yang boleh bayar ikut agreement yang dah ditandatangani...Leh hubungi En Solahuddin (013-9450135) atau Pn Izzah (012-9090135)..







Wednesday, March 30, 2016

Don't fail to plan

Salam alaik..

Alhamdulillah..permulaan yang baik untuk hari ni...hari ni pun dah memasuki hari rabu dan dah masuk pertengahan minggu...Kita pun dah nak melangkah ke bulan April dan bakal meninggalkan Mac untuk beberapa hari ni...SO, seikhlasnya, berapa banyak plan anda yang dah anda selesaikan untuk tahun 2016 ni?

Sekadar pertanyaan, dan aku yakin dan sungguh2 yakin yang ada antara kita yang sememangnya tak pernah ada plan dalam hidup..Ingat yek..Hidup yang di 'plan' akan lebih tersusun dan terancang...Bagi yang belum ada plan, baik lakarkan plan anda mulai harini..Ingat yek, plan anda tu mestilah bukan setakat 1tahun, tapi biarlah sehingga 10 hingga 20 tahun akan datang...dan yang lebih baik dan TERBAIK, rancang sekali 'plan' anda sehingga sampai akhirat..Kenapa aku kata gitu? Sebabnya, manusia ni kadang-kadang merancang untuk duniawi je dan lupa hidup selepas mati.. Ingatan untuk diri aku dan untuk yang lain, jom kita rancang sekali untuk hidup kita di akhirat nanti...

Kalau kita ambil contoh Sultan Muhammad Al-Fateh (pembuka / sang Penakluk) yang membuka kota Kostantinopel dulu, bukan setakat beliau je yang merancang, tetapi perancangan tu sebenarnya dah dimulai dengan ayahanda beliau sendiri iaitu Sultan Murad sejak Sultan Muhammad Al Fateh masih kecil lagi..Hebat sungguh kan perancangan bagi orang-orang yang hebat ni..Kita ni, bukan takat takde planning untuk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri pun tercicir entah ke mana..Wake up guys..come up...make sure you set for your plan and make sure it can be achieved some day...Jangankan kerana diri kita yang gagal merancang, kita biarkan orang lain yang tolong planning untuk diri kita..takmo..takmo...takmo gitu yek..Ingat seperkara..Tiada sesiapa pun yang tahu kehendak diri kita melainkan kita sendiri..Jika sekadar membiarkan orang lain yang merancang bagi pihak kita, kita sememangnya merancang untuk gagal...2 kali gagal dah tu, yang pertama gagal untuk planing, dan ke 2 planning untuk gagal...

Akhirul kalam Jom ubah minda, setting semula, planning semula supaya kita boleh menjadi hamba Allah yang bukan takat berjaya di dunia, tapi jugak kat akhirat sana..wallahua'lam..

p/s: Anak sedara pun ayah aku duk panggil Umar al-Fateh..walaupun nama sebenar dia xde al-fateh tu...

Thursday, March 24, 2016

Bila suami rajin

Tajuk tak teragak..hehe..

Alhamdulillah...syukur pada Allah jika dikurniakan suami yang ringan tulang tolong isteri buat kerja-kerja rumah...Pada suami yang tak berapa nak rajin tolong tu, try buat perkara di bawah ni..in sha Allah, si dia nanti mesti akan sedia nak tolong isteri..Tak payah suruh pun nanti dia akan tolong..Tak percaya, cuba lah..

1. Puji suami..siapa yang tak suka dipuji kan..suami bila kita puji, dia pun suka...lagi bertambah happy dan paling penting rumah tangga pun akan harmoni...Bila suami gembira, mesti dia kan ringan tulang nak tolong kita..

2. Bagitau kehendak kita...bagitau pada suami yang kita nak dia bantu kita seadanya..tolong buat kerja-kerja rumah yang simple atau uruskan anak misalnya..suami kadang-kadang tak tahu dan tak reti macammana cara nak bantu kita..bagi dia, isteri dia boleh buat semua perkara dan tak perlukan bantuan dia...so, kena pada cara kena cakap pada suami dan in sha Allah lepas tu, kerja kita akan jadi lebih ringan dan mudah...

3. Tunjuk cara..Macamman tu?senang je..katalah nak mintak tolong suami kemaskan bilik..tunjukkan pada dia cara-cara untuk kemas tu..bantal letak kat mana...cadar plk macammana,...mula-mula suami mesti kekok tapi lambat laun dia sndiri akan terbiasa..

4. Doa....puji dah..cakap dah..tunjuk dah,...last skali mestilah doa..doakanlah supaya kerajinan suami berterusan dan kalau yang kurang rajin, doakan supaya lebih rajin di masa akan datang..

Tu je untuk kali ni...adios...

Kanggaru 2 ekor yang tersusun kemas...Bagus en Suami...memang sayang plus-plus sungguh2 ni..=)

Tuesday, March 15, 2016

Allah Maha Tahu

Salam Alaik..

Permulaan hari yang ceria, yang penuh barakah dan cerah...Alhamdulillah...Pagi-pagi ni rasa penuh semangat untuk memulakan tugas yang belum terlaksana lagi..Harini nak share something dalam radio IKIM pagi ni yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf..


Allah bagi apa yang kita perlu dan bukan beri apa yang kita mahu..

Sememangnya betul..katakan kita berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah perkenankan doa kita untuk mendapatakn kereta, walhal kita sebenarnya lebih memerlukan rumah daripada segalanya..maka Allah tidak memperkenankan doa kita dan memberi rumah kerana kita lebih memerlukannya..Kalau itu yang berlaku, maka kita kena lebih muhasabah diri kita kerana kita manusia yang dhaif dan sememangnya tidak tahu perkara yang Allah tahu dan selindungkan buat kita...Selain dari itu, mintalah dari Allah dengan bersungguh-sunguh umpama bayi kecil yang merengek mahukan susu..Mintalah dari Allah se'humble' yang boleh dan menangislah untuk itu...In sha Allah, doa kita akan dimakbulkan samada di dunia mahupun di akhirat..

Kalau dilihat dalam kisah aku sendiri, aku dan suami merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun 2014..Masa tu Husna baru lahir..Semangat untuk pergi sana memang berkobar2..Suami pun sama sebab masa tu adalah kali pertama bagi dia..Dipendekkan cerita, masa tu heboh dengan virus Mers CoV yang menyebabkan kematian yang banyak..Pada masa tu, kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit adalah antara orang yang berpotensi kena virus tu..Aku dan suami masa tu merancang untuk pergi Umrah bersama Hannan dan adik ipar.. 3 hari sebelum pergi, aku dikhabarkan yang visa untuk kami tidak diluluskan...Rasa kecewa, sedih memang bercampur baur..Perasaan teruja nak ke Tanah suci tu dah terbang entah ke mana...Tak dapat nk digambarkan dengan kata-kata..dengan duit yang dah dibayar, dengan beg yang dah siap berkemas..Belum campur lagi dengan perkhabaran kepada saudara mara dan sahabat2..Tapi dah bukan rezki kami agaknya dan ada hikmah di sebalik kejadian ni...Hujung minggu tu, aku ajak suami ke Cameron Highland dan Pulau Pinang kemudian terus ke Kuala Lumpur untuk urusan refund duit yang dah dibayar..Balik tu, aku muhasabah diri semula dan bagi aku, Allah tak pilih aku dan suami untuk menjadi tetamu Dia pada tahun itu...Sesungguhnya hikmah yang terbesar aku dapat pada tahun berikutnya..Alhamdulillah pada tahun ni 2016, rezeki suami untuk ke tanah suci Mekah...In sha Allah, kalau diberikan rezeki dan kesempatan, aku doa moga2 ada rezeki aku dapat mengerjakan umrah bersam-sama dengan suami tercinta pada masa akan datang...aminn..

p/s: harini masuk hari ke 5 En suami di Tanah suci...

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga...aminn...

Monday, March 14, 2016

Langkawi, Malaysia

Throwback Langkawi Januari 2016..

Masa ni lepas pantang adik Hasif..Time for travel...

Kat kawasan atas kereta kabel..ni muka kakak Hannan yang tengah merajuk sebab penat..

Ikan duyung dengan anak duyung..kikiki

Van pinjam aka sewa sepanjang berada di Langkawi..

Semestinya kena ada potret family ke Langkawi..

Adventurous time..hahaha..si kecik Hasif pun naik boat..


Happy together-gether..Husna berpaling masa ni...

Kakak Hannan dan Kakak Husna dengan patung helang...

Muzium 3D..Adik Hasif diperkotak katikkan...Sian dia..Pasrah je tengok muka..hihi..

Pegang kuat bie..Jangan lepaskan tali tu..

Hello Kak Husna..hello..hello...

Nampak kepala botak je adik Hasif ni..hehe..


Antara pulau yang cantik di Langkawi..Tak ingat nama pulau dia..

Yang pasti, travel pertama untuk tahun 2016, adalah travel yang best sebab planning ke Langkawi ni dah lama, baru ni terlaksana..coklat semua xsempat nk snap pic...abis masuk ke dalam perut dlu dah...hehe..Papepun, next destination harap2 akan memberikan nostalgia yang lebih indah...chewah..Aku paling happy kalau dapat travel2 ni..biarpun berulang daru Kuantan ke KL then balik semula ke Kuantan....hahaha..ni tahap kaki asyik nak jalan n tak leh duk diam...