Bila anak dah masuk sekolah, mak bapak mesti akan susah hati kan?Aku pun sama jugak.. Memang tak tipu la..Cuma, dulu masa aku duduk jauh di sana, aku hantar anak-anak ke pengasuh.. Tapi selepas berhijrah ke tempat baru, selepas penat kehulu ke hilir cari pengasuh tak jumpa, aku dan suami decide untuk hantar ketiga-tiga anak-anak ke taska.. Perasaan tu tak tergambar dan tak tercerita rasanya terutamanya bila Husna hari-hari akan menangis tak nak ke sekolah..aku terpaksa tinggalkan jugak dia dalam keadaan dia tersedu sedan masuk menuju ke taska sambil cikgu dia pimpin.. Dan sekarang alhamdulillah dia makin ok.. Hannan pulak sangat senang nak di handle...maybe sebab dia rasa dia dah besar PERHAPS.. Alhamdulillah memang Hannan sangat berdikari..Walau kadang-kadang macam nak tarik perhatian umie dan abi dia ni, tapi kami layankan jugak.. Yelah, kalau boleh tak nak membeza-bezakan perhatian dan kasih sayang untuk anak-anak kami...
Tahun 2017 ni, Hasif dan Husna masih di tempat lama tapi Hannan berganjak ke tempat baru.. Kami hantar Hannan ke Pasti sebabnya Hannan dah mula menunjukkan sikap yang dia mula bosan di tempat yang sama.. Paling aku risaunya bila tiap kali aku ambik dia, dia akan bercerita pasal semua yang dia buat dan ada antaranya dia bagitau dia rasa malas nak buat kerja yang cikgu bagi. Hannan kata dia dah tahu dan dia tak nak buat dah benda yang sama.. Alahai anak...So, lepas mesyuarat hubby n wife, kitorang decide untuk hantar Hannan ke Pasti..Moga-moga Hannan cepat belajar dan ikut kata cikgu dia..Paling aku kagum, dalam jadual Hannan tu ada hafazan surah al-Mulk.. Hannan belum mula lagi hafazan tu..harap-harap terang hati dia untuk hafazan nanti..
Hannan malu-malu...