Wednesday, July 24, 2013

Jawapan uji minda Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..ramai yang tau jawapan untuk soalan-soalan yang daku bagi semalam...sama-sama kita referesh balik apa yang kita dah belajar dan dengar especially kat tv or radio..meh nak bagi jawapannya...

1) Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke berapa dalam turutan kalendar Islam?
Ramadhan adalah bulan yang ke 9 selepas Syaaban

2) Bilakah puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Islam? ________ Hijrah.
Pada tahun ke2 Hijrah

3) Berapa kali kah  kalimah Ramadhan disebut dalam Al-Quran?
Sekali sahaja iaitu dalam surah Al-Baqarah

4) Berapa kalikah Rasulullah sempat berpuasa sepanjang hayat baginda?
Sebanyak 9 kali

5) Apakah nama pintu syurga yang telah dijanjikan oleh Allah buat orang-orang yang berpuasa?
Ar-Rayyan

Nota kaki: Moga kita semua mendapat manfaat daripada ilmu ini...(daku pun sama, kadang-kadang lupa..maklumla..ilmu agama ni kita kena sama-sama belajar barulah dapat)

Tuesday, July 23, 2013

Uji Minda di Bulan Ramadhan

Salam buat semua..

Alhamdulillah kita menghampiri fasa 15 malam terakhir dan moga kita semua bertemu dengan malam lailatul qadar, insyaAllah...

Sempena Ramadhan al-mubarak ni, jom sama-sama kita uji minda sambil mengingat semula apa yang kita dah belajar sepanjang hidup ni tentang bulan yang mulia ni...Jom sama-sama jawab yek...

1) Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke berapa dalam turutan kalendar Islam?

2) Bilakah puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Islam? ________ Hijrah.

3) Berapa kali kah  kalimah Ramadhan disebut dalam Al-Quran?

4) Berapa kalikah Rasulullah sempat berpuasa sepanjang hayat baginda?

5) Apakah nama pintu syurga yang telah dijanjikan oleh Allah buat orang-orang yang berpuasa?

Moga ilmu ni bermanfaat untuk kita semua...wallahua'lam =)

Tuesday, July 16, 2013

Bau Dari Syurga


Orang kata bau baby ni adalah bau dari Syurga...Wallahua'lam...Tapi yang pasti daku memang suka sangat-sangat cium baby...kalau dapat baby tu, rasa nak cium je dia..memang akan rasa tak puas nak cium....

Alhamdulillah, 3 Ramadhan 1434 yang lepas, kakak ku yang sorang tu dah selamat melahirkan puteri sulung nya di HTAA pada jam 10 malam...Baby Ramadhan ni...Memang bakal ceria la Aidilfitri nanti dengan kehadiran si kecik yang comel ni...Dengan hidung mancung dan mata sepet ni (bak kata ayah aku), bakal sekapal dengan Hannan untuk meng'hangat'kan seisi rumah mak dan ayah daku nanti...Daku pun belum berkesempatan nak jumpa si kiut sorang ni..kena tunggu weekend ni la...

Buat si kecil yang diberi nama Nur Khayla Humaira binti Mohd Kamil, moga sentiasa menjadi penyejuk hati ayah dan ibu, jadi anak solehah, sentiasa mendengar kata, taat pada Allah, ibu bapa dan cerdik yek sayang...nanti Cik Ngah, Ayah Ngah dan Kaklong Hannan datang melawat bawak hadiah untuk baby Humaira yek =)

Nota Kaki : Tak sabar nak peluk cium adik Hannan nanti ni...makin tak sabar bila si kecik dalam tummy ni duk kick2 je memanjang...Feeling so wonderful...but at this moment, i really enjoy it...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan yang dirindui

Salam Ramadhan untuk semua..

Moga Ramadhan kali ni bukan yang terakhir untuk kita semua dan doakan supaya kita dapat mengerjakan sebanyak mungkin ibadah kepada Allah taala... Insya Allah..

Sumber dari FB


Checklist untuk Ramadhan:
1) Zikir dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
2) Khatam quran atau sekurang-kurangnya satu muka bagi satu malam
3) Solat terawih
4) Sedekah

Nota Kaki lima inci : Jom sama-sama audit diri kita pada Ramadhan kali ni...

Di Sana Menanti Syahid

Tergerak hati menulis sesuatu tentang apa yang sedang berlaku kepada penduduk di Mesir... Sana sini terutamanya di FB sibuk masyarakat dunia berbincang dan memperkatakan tentang perkara ni... Ya.. Pemimpin pilihan rakyat iaitu Dr Mohamad Morsi, Presiden di Mesir..

Kagum diri ini bila membaca profile dan data empunya diri.. Seorang hafiz malah suami kepada hafizah dan bapa kepada anak-anak yang turut menjadi hafiz.. Allah, sungguh-sungguh kagum dengan personaliti beliau... Memang tak hairan la beliau  menjadi pilihan rakyat bagi menjadi pemimpin...

Tapi, sesuatu telah berlaku... Rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas Presiden pilihan ramai ini... Jutaan yang telah berkumpul dan tak kurang juga ramai yang telah meninggal dunia atas insiden yang berlaku... Masing-masing tetap setia menyokong di belakang Dr Mohamad Morsi dan bersedia mengejar syahid jika itu yang ditakdirkan untuk mereka... Betapa kentalnya hati masing-masing... Jika kita teliti betul-betul, Dr Mohamad Morsi menjadi Presiden setelah pilihan raya dilakukan secara demokrasi.. So, memang tak timbul la ketidak puasaan hati sebab majoriti penduduk Mesir memang mengangkat beliau sebagai pemimpin... 

Bagi diri ini, hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan yang terbaik buat warga Mesir di sana... Berita daripada 2 orang sepupu yang berada di sana, lum lagi sampai ke sini... 

Nota kaki: Ramai tengah sibuk dengan Ramadhan dan isu semasa, si budak sekolah yang satu ni pulak sibuk duk wat video berjanji bagai even baru couple seminggu.. kiki... macam-macam hal... siap ada parody bagai untuk you adik..