Thursday, November 29, 2012

Tips terbang bersama si comel


Salam all..

Saje nak share tips untuk mak2 yang rajin berjalan (macam daku) dengan membawa sekali anak kecil menaiki kapal terbang...

Naik flight ni tak macam naik kereta...kalau travel dengan kereta memang semua benda kita boleh sumbat dalam bonet..hehehe..tapi ni special case...meh daku nak bagi tunjuk ajar since ada pengalaman bawa my little caliph masa dia 4 bulan..

1) sediakan pampers n baju yang mencukupi (3-4 pasang kalau boleh but depends pada bape jam penerbangan kita tu)

2) sediakan susu baby secukupnya (abm or termos skali)

3) masa nak berlepas or kapal terbang nak turun,bagi baby minum susu sebab masa ni telinga diorg berdegung dan diorg akan buat bising or nangis

4) tenangkan baby sepanjang penerbangan

Tu je kot..sepanjang daku travel dengan my little caliph,alhamdulillah semuanya ok dan baby pun tak banyak meragam..suka jalan2 macam ummi dan abi dia kot...(i guess)

Selamat melancong dan menikmati percutian untuk semua...smoga enjoy2 yek..bila dah ada baby,percutian tu jadi lebih best...tak percaya,cubalah dulu:-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

Which group we belong to

Salam alaik..

Kadang-kadang betul jugak kata-kata dari bekas anak murid kepada ibuku...salah satu statement beliau, "buat apa nak belajar tinggi2 sampai university, baik kami ambik lesen lori..bawak lori kaya tau...satu trip beribu kami dapat"...oh...sungguh tak tau daku nak cakap apa...ni mentaliti bagi manusia yang tak tau betapa pentingnya ilmu...mungkin beliau refer pada pic kat bawah ni agaknya...hurm...





kredit untuk gambar ni dari link SINI..Kita ni tergolong dalam kumpulan yang mana agaknya yek...patut ada yang selalu kata, education sometimes it is weird...mana tak 'weird'nya, kadang-kadang kita jumpa kawan-kawan kita yang selalu dapat no last-last dalam klas dulu, dah terang lagi bersuluh tak pernah naik petas ambil sebarang anugerah esp anugerah kecemerlangan tapi akhirnya boleh jd gemilang n terbilang...faktor utamanya mungkin berkat sabar, tak putus asa dan harap dan REZEKI mereka..tu yang aku dapat simpulkan....

Tapi statement yang tak yah belajar tinggi-tinggi tu aku memang tak boleh nak terima...dalam islam pun disuruh menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...liang lahad tu dalam erti kata,sebelum kita mati pun kita kena belajar lagi...Daku quoute maksud surah az zumar ayat 9, Allah berfirman:

"..Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?' Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna..."

Jelas kan ayat kat atas ni...mengetahui dengan kata lain, berilmu...macam mana nak mengetahui sesuatu, of course la dengan cara belajar dan menuntut ilmu...wallahua'lam..


Tuesday, November 20, 2012

PUREEN stock clearance

Masuk ujung-ujung tahun ni dah jadi adat kan jualan aka sales penghabisan stok..kali ni memang menarik...jualan penghabisan stok untuk produk pureen...ujung minggu ni je iaitu 24 dan 25 November 2012 dekat summit company..

Daku tengah frust ni sebab last week daku bersenang lenang kat umah,tak de pulak nak buat sales...bila daku ada hal boleh pulak ada sales ni....nak buat macammana...rosak mood nak shopping...tapi at least boleh menyelamatkan duit yang ada ni..hehe...

Pada yang nak gi sales ni, daku sediakan details dia:

 Peta pun ada dah tu...so,insyaAllah takkan sesat...


Siap banner bagai ni...

Nak tau dengan lebih lanjut leh klik PUREEN....selamat bershopping la semua yek...daku ada meeting aka kursus aka makan angin selama 3 hari...memang tak sempat la nak pergi serbu tempat ni....

Monday, November 19, 2012

smart words

Jom layan pic ni sama2...sungguh2 lawak dan sempoi...buat menenangkn jiwa yang tak berapa nak keruan ni...






Join Group Segar Follower

Salam dan selamat bercuti untuk para guru seMalaysia...
Alhamdulillah harini kita masih bernafas dan menikmati kedamaian, ketenangan n kesejahteraan kat Malaysia ni kalau nak dibandingkan dengan bumi Gaza...

Entry ni nk ajak memeriahkan GSF sebenarnya...daku pun tak perasan dah masuk dalam list GSF ni sebab dah lama request tapi baru diapprove...sampai daku pn dah lupa...hehe...maklumla,urat dah banyak putus lepas bersalin haritu...(alasan je lebih ni)...

Papepun thanks pada admin yang approve dan selamat berkenal kenalan pada semua warga GSF...seronok bila ramai kawan2 bloggers ni...leh tukar2 pendapat dan nasihat:-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


InsyaAllah..jom kita stand by doa ni untuk sama-sama kita baca petang ni...

MOGA kedatangan tahun yang baru ni :
- membawa seribu rahmat kepada semua suamiku, keluargaku, kawan-kawanku dan semua muslimin
- memberi rezeki yang melimpah ruah dari segala aspek, kepada diri kita, keluarga, sahabat dan semua
- menjadikan kita HAMBA Allah yang lebih bersyukur, redha, ikhlas dan lebih baik daripada sebelumnya
AMIN YA RABBAL A'LAMIN..

Tuesday, November 13, 2012

Dugaan sungguh


Bila si kecik demam,ummi pun tak senang duduk...abi pun sama...pergi keje asyik teringatkan si hannan ni je,..Ya Allah,memang menduga sungguh...malam sebelum ni,hannan dah ada symptom nak demam...keesokannya alhamdulillah dah ok but malam ni suhu makin naik...hannan pun merengek je...

Ya Allah,Kau berikanlah kesihatan yang baik buat anakku,suamiku dan keluargaku...amin...

Mode: sangat SUSAH HATI tengok anak sakit...:-(
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

SERABUT

Entry pendek dari tuan tanah...

Seriously sungguh-sungguh SERABUT dengan keadaan sekeliling ni..diri sendiri SERABUT dengan keje yang tak siap...tengok orang-orang lain yang SERABUT duk jalan ke hulu ke hilir menyiapkan keje...tempat keje ni yang SERABUT dengan kertas-kertas berselerak...tengok semua, semua SERABUT...ohh....nak cuti...tak larat nak layan keSERABUTan ni dah....

Tuesday, November 6, 2012

hahaha...macam ni pun ada yek..

Hari ni dah masuk bulan 11 dan kita pun dah berada pada ujung-ujung tahun...di hujung tahun ni macam biasalah, hari perayaan bagi budak-budak sekolah...maklumla, cuti sekolah panjang kan....bila masuk musim cuti sekolah ni, maka bermula jugaklah musim orang buat kenduri kawen...boleh katakan tiap-tiap minggu mesti ada je jemputan ke majlis kawen...daku pun tak tau lagi boleh hadirkan diri or tak untuk majlis diorang...jauh-jauh pulak tu...hehe...

Kisah di harian metro harini...

Harini nak bawak satu kisah dalam hmetro..kisah si tunang yang mereka cerita konon-konon dirinya dirompak lepas keluarkan duit hantaran kat bank...siap buat report polis lagi tu...dan yang paling sadis nya si tunang ni terus hilangkan diri sehingga menyebabkan majlis kahwinnya terpaksa dibatalkan jumaat lepas...memang sadis kan...nak baca lebih lanjut, klik kat SINI yek...

Pada aku la, jangan lah buat tindakan yang KURANG BIJAK macam tu...sebarang keputusan yang hendak diambil, rujuk lah dulu dengan orang tua or orang lebih berpengalaman...kalau tak pun, bawak-bawaklah berbincang terutamanya dengan pasangan sendiri...perkara tentang kawen ni bukan main-main...kita melibatkan banyak pihak..semuanya ni melibatkan kematangan kita....kalau betul si tunang yang menghilangkan diri tu takde duit, banyak lagi solution yang boleh diambil...antaranya:

- pinjam dengan orang terdekat (mak, ayah, sedara mara, adik kakak abang)
- buat pinjaman persendirian (personal loan)
- share duit dengan tunang sendiri
- nikah gantung (majlis kemudian bila dah ada duit)
- postpone kawen ke tarikh yang lain

Apa-apa pun, sebelum merancang nak berkahwin tu, patutnya sesiapa pun dah merancang kewangan sendiri sebelum decide nak kawen tu....kerja lebih kuat untuk tampung majlis perkahwinan tu...sebabnya lepas kawen lagi nak guna banyak duit, tambah-tambah esok-esok bini mengandung dan beranak pulak....lagi nak guna banyak duit...seeloknya, buatlah perkahwinan yang sederhana ikut kemampuan sendiri...tak perlulah nak 'gah' macam orang lain yang berduit...asal syarat sah nikah tu dah lengkap, tu dah kira  bagus...daripada merana di kemudian hari, baiklah merana dulu...eh silap...biar susah dahulu tapi senang kemudian....hehe... 



Monday, November 5, 2012

Jerit kuat-kuat dalam hati

Salam semua...

Alhamdulillah diberi nikmat sihat dan hidup untuk hari ni...

Ni sesi luahan perasaan....hikhik...semalam rasa down sangat-sangat + keciwa + hati menangis + macam nak merana....nak demam pun ada....sepanjang weekend rasa sedih...harini terasa macam tak nak pergi keje pulak, tapi terpaksa gagahkan jugak...semuanya gara-gara pertukaran tak diluluskan....dalam pada duk sedih-sedih melayan perasaan, terfikir jugak mungkin Allah tak nak bagi lagi apa yang daku hajati...mungkin ada kekurangan yang daku tak perasan terutamanya dalam mengingatiNya...mungkin lum masanya lagi...mungkin jugak... (hati menangis hanya DIA yang tahu)

 kata-kata perangsang untuk diri sendirik....di google dan di copy paste di sini....

Sumber Google

Betul jugak kan....hidup perlu diteruskan..apalah sangat dugaan kecil yang aku hadapi kalau nak banding dengan dugaan yang orang lain alami...tak terbanding dengan dugaan yang terpaksa anak-anak kecil di palestin hadapi...Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku supaya aku dapat menanggung dugaan yang Kau turunkan padaku....amin...

Friday, November 2, 2012

1st solid food

Entry khas tentang si comel bijak abi n ummi ni....



Lagi seminggu our baby, Hannan akan cukup 6 bulan...Kalau diikutkan boleh dah dikenalkan dengan makanan pejal...mengikut kata Dr. Susanna Huh, (pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston), permulaan pemakanan pejal boleh diberikan kepada anak-anak di antara usia 4-6 bulan.. Awal daripada tu tak boleh yek..kalau kurang daripada itu boleh menyebabkan si anak berisiko menjadi obesiti...sumbernyer di SINI...

So, sebagai mak daku dah bersiap sedia dengan pemakanan pejal awal bagi my little khalifah...memang teringin nak sediakan puree yang macam mommy-mommy lain buat tu,buah pun dah siap beli...cuma tinggal nak masak + blend + prepare untuk Hannan je...harap sangat dapat sediakan makanan untuk Hannan daripada air tangan daku sendiri...

Tak sabar rasa nak kenalkan Hannan dengan macam-macam puree buah-buahan dan sayur-sayuran...

Pengikat kasih + Penyejuk hati abi dan ummi..


Moga anak abi dan ummi ni membesar dengan sihat dan pandai..aminn...